Follow Pena Hiburan

Showing posts with label Nelydia Senrose. Show all posts
Showing posts with label Nelydia Senrose. Show all posts

Tekanan Orang Luar Punca Qi Razali Tidak Puas Hati


Pelakon dan pengacara Qi Razali tertekan apabila pelakon Sharnaaz Ahmad bertindak memuat naik gambar promosi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta bersama teman wanitanya, Nelydia Senrose sebelum ini sehingga dia bertindak meluahkan rasa tidak puas hati terhadap aktor itu di laman sosial Twitter.

Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali, 36, berkata, tekanan turut memuncak apabila rakan-rakannya mula bertanya dan menghantar gambar-gambar tersebut kepadanya untuk penjelasan berhubung tindakan aktor tersebut.
"Saya dalam situasi terkejut pada ketika itu tambahan pula ramai rakan-rakan yang bertanya dan menghantar gambar-gambar tersebut kepada saya membuatkan saya tertekan sehingga bertindak meluahkan perasaan di Twitter.

"Tambahan pula ketika itu saya sedang mengalami sakit belakang akibat kemalangan yang dialami beberapa hari sebelum itu menambahkan tekanan," katanya.
Bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan ini berkata demikian ketika diminta mengulas tindakannya meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Sharnaaz menerusi laman sosial Twitter miliknya sebelum ini.

Dalam pada itu, Qi mengakui sebagai seorang selebriti dia seharusnya lebih memahami dan tidak berasa cemburu terhadap kerjaya Nelydia sebagai seorang pelakon.

Kata Qi, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan kekasihnya itu cuma terkilan dengan kapsyen romantis yang ditulis Sharnaaz pada gambar-gambar yang dimuat naiknya ke laman Instagram.
"Saya faham dia ingin mempromosikan drama itu dan gambar yang dimuat naik juga tidak salah kerana saya tahu itu antara babak lakonan mereka.

"Cuma saya terkilan kapsyen pada gambar tersebut tidak sepatutnya ditulis dengan kata-kata romantis kerana ia mungkin disalah tafsir oleh orang lain," katanya.
Nelydia Senrose
 Bagaimanapun kata Qi, salah faham itu selesai apabila dia menghubungi sendiri Sharnaaz dan memohon maaf atas tindakannya yang terlalu mengikut perasaan.

Sementara itu, bercakap mengenai hubungannya dengan teman wanitanya, Qi berkata, mereka merancang untuk memikirkan soal perkahwinan selepas kakak Nelydia iaitu Uqasha Senrose disatukan dengan pelakon Pekin Ibrahim.

Bagaimanapun kata Qi, dia seboleh-bolehnya ingin berkahwin secepat mungkin ekoran usianya yang semakin meningkat.
"Alhamdulillah semua berjalan lancar dan mengenai soal kahwin kami tunggu Uqasha dan Pekin lepas disatukan dan baharulah kami bincang tentang kami.

"Tambahan pula buat masa ini kami sibuk dengan pelbagai tugas termasuk penggambaran di luar negara," katanya.
Dalam perkembangan lain, Qi berkata, selepas sambutan Tahun Baru Cina, dia akan sibuk dengan penggambaran program travelog iaitu Destinasi Bajet Asia yang akan membawanya merantau ke pelbagai negara seperti Korea Selatan, India, Australia dan New Zealand.

Malah kata Qi, dia juga akan bertindak sebagai hos sebuah rancangan masakan selain bakal berangkat ke Argentina untuk penggambaran program Art Attack musim keempat.

Sumber: MstarOnline

Hairul Azreen Lega Tidak Lagi Dianggap Sebagai "Lelaki Jambu"


Aktor Hairul Azreen lega apabila tidak lagi dianggap sebagai lelaki ‘jambu’ selepas bergelar juara program Fear Factor Selebriti Malaysia pada Mac lalu.

Hairul atau nama penuhnya Hairul Azreen Idris, 24, berkata, selepas menjuarai program berkenaan bersama pelakon Dazrin Kamaruddin bakatnya sebagai pelakon semakin berkembang dan tidak lagi hanya tertumpu kepada watak tertentu sahaja.

“Sebagai seorang pelakon saya meminati watak-watak mencabar seperti aksi tetapi tidak pernah diberi peluang kerana wajah ‘jambu’ saya selain dianggap lembut

Hairul mengakui lega apabila tidak lagi dilabel sebagai lelaki ‘jambu’ selepas menjuarai program Fear Factor Selebriti Malaysia.

“Tetapi syukur selepas bergelar juara Fear Factor situasi itu berubah dan saya sudah mula menerima pelbagai watak mencabar daripada pihak produksi,” katanya kepada mStar Online selepas ditemui di Extreme Park Shah Alam di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Hairul turut mengakui gelaran yang diberikan kepadanya itu telah meninggalkan kesan kepadanya sehingga menyebabkan dia perlu membuktikan diri bahawa telahan sesetengah pihak kepadanya itu adalah salah.

“Sedih juga bila orang asyik kata saya ‘jambu’ dan ‘lembut’ kerana ia tidak mencerminkan diri saya sebenar disebalik sifat luaran tersebut.

“Perangai saya juga pantang dicabar apabila disuruh melakukan sesuatu namun saya lega apabila gelaran itu tidak lagi dibangkitkan kerana telah membuktikan diri apabila menjuaraiFear Factor,” jelasnya yang turut pernah bergelar pelakon lagak ngeri selama dua tahun.

Sementara itu, Hairul berkata, kerjaya lakonannya semakin berkembang apabila diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dan mengambil kepercayaan tersebut untuk memberikan terbaik kepada peminatnya.

Jelasnya lagi, dia juga menyasarkan untuk memenangi anugerah dalam kategori pelakon terbaik sebagai salah satu cabaran dalam membuktikan dia bukan sekadar pelakon berwajah comel.

“Alhamdulillah bakat saya mula diberi perhatian dan ini juga adalah rezeki selepas kemenangan menerusi program Fear Factor.

“Masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki tetapi selepas ini saya menyasarkan untuk memenangi anugerah pula,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hairul berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran dua buah drama bersama Nelydia Senrose selain bakal berangkat ke Las Vegas, Amerika Syarikat untuk drama bersiri terbaharunya.

sumber dipetik dari mstaronline