Follow Pena Hiburan

Showing posts with label TV3. Show all posts
Showing posts with label TV3. Show all posts

Anina Ahmad B Selesa Bertudung, Kembali Aktif Dalam Dunia Lakonan


Dah lama Kanda Dinda tak dengar cite pasal Anina Ahmad B selepas beliau mendirikan rumahtangga. Kalau nak tau, Anina Ahmad adalah satu nama besar dan cukup popular di era 90an yang juga merupakan anak kepada Almarhum Ahmad B pelakon di zaman 50an

Setelah berumahtangga secara senyap senyap bersama vokalis kumpulan Mega Rahmat, beliau terus kekal dengan imej bertudung. Hasil perkongsian hidup Anina dan Rahmat Mega, beliau dikurniakan dengan 2 cahaya mata perempuan.

Untuk makluman semua, Anina akan menghiasi kaca television anda semula dengan drama terbaru "Menjinak Ombak" yang akan mula ditayangkan di TV3 mulai 6 Disember ini setelah bertekad untuk meneruskan hidup dalam dunia lakonan setelah rumahtangga yang dibina hancur pada tahun 2011 bagi menampung kehidupan

















Saiful Nizam Ismail Bakal Tinggalkan TV3 Sebagai Penyampai Berita

 Kalau minggu lepas kita dikejutkan dengar berita penyampai radio Faizal Bin Ismail (FBI) meletakkan jawatan, hari ini pembaca berita Buletin Utama, TV3 iaitu Saiful Nizam Ismail bakal mengikut jejak langkah Faizal.

Artikel Berkaitan: 

Sumber memberitahu mStar Onlie, Saiful Nizam, 31, akan mengetuai jabatan komunikasi korporat sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) dalam waktu terdekat.

“Saiful bakal meninggalkan TV3 selepas sebuah syarikat GLC menawarkannya satu jawatan di unit komunikasi untuk beliau ketuai berdasarkan kepada pengalaman luasnya mengendalikan media,” kata sumber itu.

Saiful Nizam yang dihubungi mStar Online  enggan mengulas berhubung desas-desus tersebut.
Beliau juga tidak bersedia untuk bercakap hal itu dan agak terkejut apabila ditanya mengenainya.
 “Maaf... saya tidak bersedia untuk beri sebarang ulasan. Apa yang penting, saya masih lagi bekerja di TV3,” katanya.
Untuk makluman semua, Saiful Nizam yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Utara Malaysia mula menyertai TV3 sebagai wartawan penyiaran selepas menjadi finalis rancangan Malaysia Top Host pada tahun 2005.

Sepanjang kerjayanya di stesen televisyen itu, beliau banyak membuat liputan dalam dan luar negara termasuk menjadi pengacara Malaysia Hari Ini.

Saiful Nizam juga sering diberi peluang mengendalikan segmen-segmen penting seperti Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) dan juga laporan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau juga merupakan suami kepada juara rancangan Gadis Melayu musim pertama terbitan TV3, Khairul Noormaaidah Zali, 28, atau Aida.
sumber: mstaronline

Amyza Aznan Pakai Seluar Anak?

 Benarkah Amyza Aznan pakai seluar anak? hahah macam lawak jer kan? Kesiannya.. memanjang artis Malaysia terbeli pakaian tak cukup kain. Gambar ni diambil semasa rehearsal Kintang Kintung bersama team bintang mencari bintang yang dikongsikan oleh Amyza sendiri di akaun Instagram miliknya..