Follow Pena Hiburan

Gosip Panasss: Majlis Perkahwinan Punyalah "Grand", Hutang Dewan Nikah Tak Mampu Bayar

Semua orang pasti terkejut besar bila majlis perkahwinan punyalah "Grand", sedangkan hutang dewan nikah belum mampu nak bayar. Kisah ini bagaikan pepatah melayu "Rumah Sudah Siap, Pahat Masih Berbunyi". Semoga ianya dijadikan pengajaran buat semua.


Kalau anda mengikuti perkembangan dunia hiburan, pasti anda tahu siapa yang kami maksudkan ini dan tidak perlu kami huraikan atau beri petunjuk lebih lebih, kami sudah jatuh miskin bayar peguam selama ini. #LOL

Seorang ustaz di masjid di mana selebriti ini bernikah menyampai berita kurang enak ke telinga kami mengatakan pelakon ini masih berhutang duit sewa dewan nikah walaupun sudah beberapa kali dihubungi untuk melangsaikannya.

Kalau dilihat majlis perkahwinan yang mendapat liputan meluas baru baru ini, agak mustahil rasanya untuk pelakon & suaminya yang bergelar usahawan ini untuk liat membayar sewa dewan nikah yang kecil jumlahnya berbanding budget keseluruhan mereka untuk berkahwin.

Ustaz yang sama turut menyampaikan yang beliau tahu pasangan ini berbelanja lebh RM45,000 untuk majlis pernikahan sahaja dan beliau sendiri hairan kenapa pelakon ini seakan mahu lari dari melangsaikan hutang.

Mungkin terlepas pandang, mungkin jumlahnya terlalu kecil untuk pelakon ini uruskannya sendiri, mungkin duit yang diperuntukkan tidak sampai ke tangan pihak masjid — siapa tahu ‘kan?

Ala.. kalau tak tau pun buat buat tau sudah la... hahaha
sumber:rotikaya

No comments:

Post a Comment