Semua orang pasti terkejut besar bila majlis perkahwinan punyalah "Grand", sedangkan hutang dewan nikah belum mampu nak bayar. Kisah ini bagaikan pepatah melayu "Rumah Sudah Siap, Pahat Masih Berbunyi". Semoga ianya dijadikan pengajaran buat semua.
Kalau anda mengikuti perkembangan dunia hiburan, pasti anda tahu
siapa yang kami maksudkan ini dan tidak perlu kami huraikan atau beri
petunjuk lebih lebih, kami sudah jatuh miskin bayar peguam selama ini.
#LOL
Seorang ustaz di masjid di mana selebriti ini bernikah menyampai
berita kurang enak ke telinga kami mengatakan pelakon ini masih
berhutang duit sewa dewan nikah walaupun sudah beberapa kali dihubungi
untuk melangsaikannya.
Kalau dilihat majlis perkahwinan yang mendapat liputan meluas baru
baru ini, agak mustahil rasanya untuk pelakon & suaminya yang
bergelar usahawan ini untuk liat membayar sewa dewan nikah yang kecil
jumlahnya berbanding budget keseluruhan mereka untuk berkahwin.
Ustaz yang sama turut menyampaikan yang beliau tahu pasangan ini
berbelanja lebh RM45,000 untuk majlis pernikahan sahaja dan beliau
sendiri hairan kenapa pelakon ini seakan mahu lari dari melangsaikan
hutang.
Mungkin terlepas pandang, mungkin jumlahnya terlalu kecil untuk
pelakon ini uruskannya sendiri, mungkin duit yang diperuntukkan tidak
sampai ke tangan pihak masjid — siapa tahu ‘kan?
Ala.. kalau tak tau pun buat buat tau sudah la... hahaha
sumber:rotikaya