Follow Pena Hiburan

Showing posts with label Mawar Fareeda. Show all posts
Showing posts with label Mawar Fareeda. Show all posts

Mawar Fareeda Milik Fizo Omar Dengan Sekali Lafaz


Tahniah diucapkan kepada Pelakon Fizo Omar selamat diijab kabul dengan wanita pilihannya, Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz sekitar jam 9.32 pagi hari ini. Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah, Mohd Arif Abdul Samad yang merupakan Pegawai Tadbir Majlis Agama Daerah Hulu Langat.

Pasangan yang mengenakan persalinan rona putih ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sehari sebelum ijab kabul selepas perkenalan hampir setahun. Majlis pernikahan Fizo Omar & Mawar Abd Karim yang dihadiri kira-kira 300 tetamu telah dijalankan di rumah pengantin perempuan di Country Height Kajang.

Malam tadi sebelum berlangsung majlis ijab kabul, telah berlangsung satu majlis berinai sekaligus meraikan para pekerja Butik Fareeda.

Pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM 506.00. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-Quran, komputer riba, cincin, plat moto MF 120 jaket dan motosikal berkuasa tinggi 1,200 cc.

Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, jongkong emas seberat 1,011 gram bertulis Fizo love Mawar berserta mas kahwin dan sebiji motorsikal berkuasa tinggi.












sumber: rotikaya

Mawar Fareeda Selamat Bertunang, Nikah 10 November 2013


Perkenalan singkat bagi pasangan merpati dua sejoli ini akhirnya telah membawa kepada majlis pertunangan mereka awal pagi ini.

Selepas upacara menyarungkan cincin ke jari manis Mawar oleh ibu Fizo, Wan Hafizol bin Wan Omar atau Fizo Omar kini telah bergelar tunangan pengusaha muda tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim.

Majlis pertunangan yang serba ringkas itu telah dijalankan di rumah pihak perempuan di Country Height, yang terletak Kajang dengan dihadiri lebih kurang 300 tetamu terdiri daripada sanak saudara, ahli keluarga kedua pihak dan beberapa wakil media.

Keluarga Mawar menerima rombongan keluarga Fizo Omar dengan iringan 5 dulang hantaran. Manisan antara hantaran iringan melambangkan manisnya pertunangan pasangan yang sedang disirami kehangatan percintaan ini.

Hasil perbincangan yang telah dipersetujui sebelum ini, pasangan ini akan bernikah para esok hari, bersamaan 10 Nov, bertempat di kediaman pihak perempuan, Country Height Kajang.

Majlis pernikahan mereka esok boleh disaksikan secara langsung di program Nasi Lemak Kopi O di saluran TV9.












Sumber: rotikaya

Fizo Omar "Melahar" Di Facebook


Kebelakangan ini kisah Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim mendapat perhatian ramai setelah Fizo Omar mengumumkan akan menikahi model tudung butik Fareeda itu.

Artikel berkaitan:

Menjelang detik bersejarah buat pasangan bahagia Fizo Omar Dan Mawar Abdul Karim yang tinggal beberapa hari sahaja lagi,Kanda dinda dikejutkan dengan berita Fizo Omar "melahar" di Facebook dalam usaha "menangkis serangan" peminat yang mengkritik niatnya dalam usaha untuk membantu mempromosikan tudung ekslusif pertunangan keluaran butik Fareeda.

 

Mungkin disebabkan tidak tahan dengan kritikkan pedas yang dilemparkan terhadap dirinya, seawal jam 1.30pagi Fizo Omar telah "melahar"

Antara komen komen pedas yang diterima Fizzo Omar




Video Romantik Fizo Omar Melamar Mawar Fareeda

 
Kalau kita sebut Mawar Abdul Karim mungkin ramai orang tidak mengenalinya. Bagaimana jika kita sebut Tudung Fareeda? Mesti ramai dah nampak kan model yang memperagakan tudung tersebut. Itulah Mawar Abdul Karim iaitu anak kepada pengasas tudung Fareeda kegilan ramai wanita masa kini.

Pelakon Fizo Omarbakal menikah dengan anak perempuan pengasas tudung tersebut 10 November ini. Mereka juga akan bertunang pada 9 November 2013 iaitu sehari sebelum mereka menikah. Beberapa hari lepas, Fizo Omar telah membuat 1 gimik lamaran kepada Mawar di Cathay Cineplax e@Curve.

Jom kita saksikan video tersebut :