Follow Pena Hiburan

Showing posts with label Instagram. Show all posts
Showing posts with label Instagram. Show all posts

Aishah Sinclair Mengandung Anak Kedua


Tahniah diucapkan buat pelakon dan pengacara Aishah Sinclair di atas kehamilan cahaya mata keduanya.

Menerusi perkongsian gambar selebriti itu di laman Instagramnya, difahamkan Aishah kini sedang hamil 8 bulan.
 
Sebelum ini Aishah dan suami, Sheikh Abdul Shahnaz telah dikurniakan cahaya mata perempuan, Soraya Ann yang kini sudah pun menginjak usia tiga tahun.

Untuk makluman, Aishah yang merupakan adik kepada pelakon yang semakin mencipta nama di Indonesia, Ashraf Sinclair berkahwin pada Januari 2006 di kala usianya mencecah 26 tahun.



Rebecca Nur Al Islam Berperang Dengan Erma Fatima Di Instagram


Ingatkan bila Mahkamah dah umumkan keputusan tuntutan saman oleh Rebecca Nur Al Islam terhadap Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd  milik Erma Fatima, perkara ni boleh berakhir dengan Aman. Tak sangka ianya berlarutan hingga menjadi perang di Instagram.

Artikel Berkaitan:
Bermula sebagai luahan isi hati, dan sekarang dah mula tunding menunding. yang telah di post oleh Rebecca pada waktu siang 8/11/2013

Kemudiannya dibalas update oleh Erma Fatima pada hari yang sama


Post dibawah ni telah di post oleh Erma Fatima pada 8/11/2013 waktu malam

Pagi 9 /11/2013 Rebbecca membalasnya seolah olah mengjek post yang dibuat Erma Fatima

Mungkin disebabkan geram dengan ejekkan yang dibuat Rebecca Nur Al Islam, Erma Fatima update pula post ni pada 9/11/2013 lebih kurang jam 10pagi
Tak sangka bila Erma Fatimah update pasal keratan akhbar, ramai pengikut setia Erma Fatima Bersimpati terhadapnya. Berikut SS yang Kanda Dinda berjaya dapatkan.

Mungkin kerana nak redakan ketegangan maka Rebecca update photo ini.


Namun penyokong Rebecca juga tidak berdiam diri dengan kenyataan yang dibuat oleh Erma

Kanda Dinda nak tinggalkan sedikit pesanan buat Erma Dan Rebecca. Yang kalah tu tak perlulah bersedih, Mahkamah dah buat keputusan, kalau tak setuju dengan keputusan mahkamah, fight lagi. Yang menang jangan terlalu bangga dan cepat puas hati, Jatuh bangun seseorang manusia itu perkara biasa. YANG PENTING TAK SIMPAN DENDAM DAN YANG TERBAIK SALING MEMAAFKAN.

Cheryl Samad Selamat Bersalin, Kongsi Gambar Anak Sulung


Tahniah diucapkan buat Cheryl Samad dan suaminya yang telah selamat menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinan mereka selama dua tahun.

Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Cheryl sendiri di laman Instagram miliknya petang semalam menerusi sekeping foto comel bayi perempuannya.

Tidak seperti orang lain, Cheryl nampaknya lebih gemar mengambil pendekatan untuk tidak menghebohkan kelahiran bayi sulungnya pada hari yang sama.

Sebaliknya pengacara ini menunggu beberapa minggu sebelum mengumumkan berita tersebut kepada khalayak.

Untuk pengetahuan anda, Cheryl melahirkan bayi bernama Stella itu pada hari Jumaat dua minggu lepas bersamaan dengan 18 Oktober 2013.
 sumber:ohbulan

Lana Nordin Bahasakan Peminat Gara Gara Ditegur Berpakaian Seksi


Lumrah dunia bila jadi pelakon mahupun penyanyi pasti akan ada sahaja yang memerhatikan kita Kesilapan kecil pasti akan di tegur, Kesilapan besar pasti akan dimaki peminat. Terbaru, Lana Nordin dikecam peminatnya sendiri gara gara berpakaian seksi.

Mungkin terasa dan panas hati dengan kata kata peminat, Lana Nordin membalas semua komen tersebut.

Malas Kanda Dinda nak sembang banyak banyak banyak, jom skodeng screenshot ni

Nora Danish Melenting Di Instagram


Rupa rupanya ramai yang tidak suka perhubungan yang terjalin antara Nora Danish Dan Nadeem

Melihat sahaja kemesraan mereka berdua, pastinya ramai peminat mereka menunjukkan rasa kurang senang, sehingga melemparkan kata-kata negatif kepada pasangan tersebut.

Oleh kerana terlalu banyak respon kurang enak, pelakon filem Bencinta itu mula mempertahankan Nadeem dengan mempersoalkan, kenapa para pengikutnya perlu ambil kesah terhadap hubungan rapat mereka, sedangkan mereka juga manusia biasa.

Gambar gambar dibawah ini diambil ketika mereka berada di London




Farah Dhiya Mengamuk Di Instagram Buat Kali Kedua Dalam Tempoh 2 Minggu


Semalam gunung berapi meletop gara gara akaun Instagram milik Farah Dhiya di spam oleh peniaga peniaga online yang tidak mempunyai etika perniagaan yang baik dengan catra mengganggu privacy orang lain.

Apa yang menyakitkan hati semua orang, Individu yang tidak bertanggungjawab itu membuat laporan kepada instagram agar Farah Dhiya memadamkan gambar miliknya.

Boleh dikatakan 90% artis mengalami keadaan yang sama termasuklah Nora Danish yang turut di spam oleh peniaga peniaga online di instagram beberapa minggu lalu gara gara artis artis Malaysia enggan follow akaun Instagram milik peniaga online sehingga menyebabkan Farah mengeluarkan statement dalam bentuk gambar seperti di bawah ini.


 Disebabkan terlalu geram, Farah turut memberi komen sebagai peringatan kepada peniaga penaiga online di Instagram.
 Hal ini turut diperakui oleh peminat setia farah

Dua minggu sebelumnya Farah Dhiya mengamuk juga gara gara di tegur peminat tengtang penggunaan pewarna kuku yang dipakai oleh Farah.

Walau bagaimanapun Farah tak kisah sangat hal ini kerana beliau mengakui ini juga sebahagian kelemahan dan kesilapan beliau. Cuma apa yang dikesalkan adalah cara menegur yang salah dan menyakitkan hati sesiapa sahaja yang membacanya.